Rabu, 31 Disember 2014

Buku Motivasi : Combo Pack 1



Buku Motivasi Edisi Bahasa Melayu

Buku Terpakai. Masih dalam keadaan baru.

Tajuk: 1) Who Moved My Cheese?              2) I Moved Your Cheese


Harga Pasaran: RM 44.00

HARGA MURAH : RM 35.00 termasuk pos.

Isnin, 17 November 2014

Buku Universiti : Principles of Genetics Fourth Edition


Tajuk : Principles of Genetics Fourth Edition

Penulis : Snustad, Simmons

Penerbit : Wiley

Cetakan :

Harga : RM 30.00

Isnin, 10 November 2014

Creative Parenting Today

Bismillah walhamdulillah...

Tajuk : Creative Parenting Today

Penulis : Andi Yudha Asfandiyar

Bilangan mukasurat : 125


Ulasan :

Creative Parenting Today adalah buku dalam Bahasa Melayu terbitan PTS Publications. Buku ini mengulas tentang kaedah praktikal mendidik anak menggunakan teknik kreatif. Tahu-tahu sahaja lah, anak-anak ini, bermacam ragamnya. Maka buku ini sebagai panduan untuk ibubapa kenal potensi anak, seterusnya kreatif dalam menggali dan merangsang minda mereka.

Selain itu, terdapat juga idea-idea untuk para ibubapa mengenai cara-cara mewujudkan persekitaran kreatif dan cara-cara melatihnya. Banyak tips menarik dalam buku ini. Pendek kata, saya berpendapat ini adalah buku motivasi praktikal dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Saya baru mula membacanya. Tak sabar nak aplikasikan pada Dawud. Nantikan perkongsian seterusnya.

Rabu, 29 Oktober 2014

Ini Memang MENARIK!!!

Bismillah walhamdulillah...

Pertama kali nampak, terus.... jatuh cinta... Rasa macam. Saya nak! Saya nak!

Ok. Apa bendanya yang menarik tu?





Kemas je kan? Simple je, tapi tak pernah terfikir idea macam ni. Nama dia Albatros.



Albatros bookmarks from Oscar Lhermitte on Vimeo.

Tengok sini

Rabu, 10 September 2014

Novel Islami : Takdir : 2


Tajuk : Takdir:2

Penulis : Hilal Asyraf

Penerbit : Galeri Ilmu

Harga : RM 10.00

Sabtu, 6 September 2014

Buku Universiti : Biochemistry Fifth Edition


Tajuk : Biochemistry Fifth Edition (Hardcover)

Penulis : Campbell, Farrell

Penerbit : Thomson Brooks/Cole

Cetakan : 2006

Harga : RM 45.00

Jumaat, 5 September 2014

Buku Universiti : The Nature and Properties of Soils


Tajuk : The Nature and Properties of Soils. (13th Edition - Low Price Edition)

Penulis : Brady Well

Penerbit : Pearson Education

Cetakan : 2002

Harga : RM 20.00

Khamis, 4 September 2014

Buku Universiti : Principles of Anatomy and Physiology

Principles of Anatomy and Physiology


Tajuk : Principles of Anatomy and Physiology (12th Edition)

Penulis : Gerard J. Tortora, Bryan H. Derrickson

Penerbit : John Wiley & Son Inc.

Cetakan : 2009
   
Kandungan : 2 jilid dan 1 buku atlas ( A Brief Atlas of Skeleton, Surface Anatomy, and Selected Medical Images)

Harga : RM 100.00

Mudahnya Menjemput Rezeki

Bismillah walhamdulillah...

Tajuk : Mudahnya Menjemput Rezeki

Penulis : Fathuri Salehuddin


Ulasan :

Sudah ramai yang menyebut-nyebut buku ini. Cabaran kehidupan yang hebat dengan kos sara hidup yang semakin tinggi membuatkan semuanya menjadi materialistik. Ada duit, boleh hidup. Tak ada duit, tak boleh hidup. Betul ke? Adakah hidup kita hanya dengan duit, harta sahaja?

Buku ini membuka mata kita sesungguhnya rezeki yang Allah beri pada kita sangat luas. Rezeki itu bukan duit sahaja. Lebih besar lagi, lebih bermakna lagi daripada itu.

Tidak cukup dengan itu, turut dimuatkan dalam buku ini strategi menjemput rezeki. Ye lah, kalau dah tahu rezeki tu ada di mana, kenalah tahu cara nak menjemputnya kan? Selamat menjemput rezeki.

Khamis, 21 Ogos 2014

Membaca Kisah Mengungkap Hikmah Teladan Para Nabi

Bismillah walhamdulillah...

Tajuk : Membaca Kisah Mengungkap Hikmah Teladan Para Nabi (Jilid 1-3)

Penulis: Amru Khalid

Penerbit: Embun Publishing



Ulasan:

Siapa tak kenal penulis Amru Khalid. Gaya penulisannya memang ramai yang terpikat. Penuh dengan penghayatan dari sudut pandang yang berbeza.

Sukar kita nak jumpa buku yang membuat refleksi hikmah kisah Nabi-Nabi selain Rasulullah s.a.w. Nah, buku ini sangat bagus buat kita yang mahu menyemak kisah para Nabi dengan lebih lanjut. Banyak pengajaran yang didapati dari dimensi pandangan yang berbeza. Apa kisahnya, mungkin banyak yang kita dah tahu. Tapi apa hikmahnya, dan kaitannya dengan zaman kita, hidup kita. Inilah yang kita cari.

Kandungan: 3 Jilid

Rabu, 20 Ogos 2014

BukuBundle.Com

Bismillah walhamdulillah...

BukuBundle.Com akan memulakan operasinya tidak lama lagi. Moga usaha ini diberkahi di dunia dan menjadi saham di akhirat. Amin.