Isnin, 27 April 2015

Aku Terima Cintanya



Tajuk : Aku Terima Cintanya

Penulis: Zamri Mohamad, Rahmah Mokhtar, Abdul Muiez Ruslee
Penerbit: PTS

Bilangan Mukasurat: 256

Harga: RM 16.90

Koleksi kisah inspirasi cinta yang membawa mesej cinta yang berbeza.
Mesej cinta yang dilihat dari segi hubungan suami isteri dalam rumah tangga,
hubungan percintaan, dan anak yang cuba memahami hubungan percintaan ibu bapa.

Testimoni yang telah membaca Aku Terima Cintanya


Heliza Helmi pun dah dapatkannya, anda bila lagi?

Screaming Free Parenting

Bismillah walhamdulillah...

Tajuk: Screaming-Free Parenting

Penulis: Teguh Iman Perdana

Bilangan MukaSurat: 114



Ulasan:

Buku ini nampaknya khusus buat para bapa yang 'malu' untuk berkasih sayang dengan anak-anak lantaran bimbang hilang kejantanannya. Jangan risau wahai bapa. Rasulullah s.a.w mencium kanak-kanak dan melayani mereka dengan penuh kemuliaan. Sedikitpun tidak jatuh kehormatan baginda, bahkan kanak-kanak begitu menyayangi baginda.

Banyak tips dan latihan yang dianjurkan dalam buku ini agar ibubapa dapat menghilangkan tembok-tembok penghalang dalam menjalankan misi keibubapaan. Meskipun para bapa lebih banyak disebutkan di dalamnya, para ibu juga boleh turut mengaplikasikannya.

Dengan bantuan buku Screaming-Free Parenting, jeritan akan digantikan dengan kata-kata yang lembut dan mampu menyentuh hati anak-anak.