Khamis, 21 Mei 2015
7 Formulas of Excellent Individuals
Tajuk : 7 Formulas of Excellent Individuals
Penulis: Dr Danial Zainal Abidin
Bilangan mukasurat: 321 (Hard Cover)
The 7 Formulas of Excellent Individuals provides a complete and detailed explanation of the greatest motivational formulas of all times. It delineates the formula that have been successful in producing excellent individuals. Those characters subsequently became the catalyst for the emergence of outstanding communities and countries.
This book is definitely unique compared to other motivational books. One distinct difference is that its main source of reference is that its main source of reference is Quran and Sunnah of Prophet Muhammad, mould to fit present context. Each formula is explained systematically, with evidence and support from experts in the field of excellence.
Harga: RM 35.00 termasuk pos ke semenanjung.
Jumaat, 8 Mei 2015
Katak Nampak Hodoh, Tapi Sebenarnya Penting.
Bismillah walhamdulillah...
Kalau sebut katak mesti kita terbayang rupanya yang hodoh, kulitnya yang lembik dan menggelikan. Meskipun terdapat juga spesies katak yang menarik, ia hanya pantas untuk dinikmati oleh penglihatan. Jika disentuh, menempah mautlah jawabnya.
Katak menikmati alam semulajadi. |
![]() |
AWAS! Sedap mata memandang, TAPI maut jika disentuh. |
![]() |
Katak comel. Yang ini takpe :) |
Bila sebut pasal katak, tak naklah sebut pasal putera katak. Itu hanyalah khayalan. Cerita yang dibuat-buat ikut selera manusia. Bukankah penciptaan manusia dan katak itu benar-benar jauh bezanya.
Kita nak cerita benda yang real. Bukan khayalan. Sebab hidup kita sekarang adalah realiti yang menghubungkan dunia ghaib kita yang disana (baca: akhirat). Meskipun ghaib, tapi dunia itu realiti, bukan fantasi.
Dalam ilmu taksonomi, katak dikelaskan di bawah chordata iaitu termasuk dalam haiwan vertebrata (bertulang belakang) dalam alam Animalia. Secara ringkas, katak merupakan haiwan yang bertelur di dalam air, mempunyai tapak kaki yang bercantum (webbed) dan otot kaki belakang kuat digunakan untuk melompat.
Tahukah anda, katak adalah petunjuk biologi yang penting kepada tahap kebersihan sungai/tasik. Jadi, jika anda menjumpai katak di kawasan tersebut, ini menunjukkan air disitu bersih, kerana katak tidak boleh hidup dengan air yang kotor. Katak akan mati.
Subhanallah , hebat kan ciptaan Allah?. Pada pandangan kita, katak ni sejenis hidupan yang hodoh, geli dan mahu dijauhi. Tapi, Allah ciptakan kehadiran katak menjadi petunjuk sesuatu yang bersih.
Cuba bandingkan dengan kita, manusia. Allah ciptakan kita sebaik-baik ciptaan. Tapi, adakah paras rupa kita menjadi indikator kepada sesuatu (baca: hati) yang bersih?
Terkait dengan sebuah hadis, sabda Rasulullah s.a.w : Allah tidak memandang pada rupa paras dan hartamu, melainkan yang dipandangNya ialah hati dan amal perbuatanmu. (Hadis Riwayat Muslim dan Ibnu Majah)
Rupa paras kita bukan penentu kebersihan hati kita. Sebab itu yang Allah pandang H.A.T.I.
Langgan:
Catatan (Atom)