Askar.
Pertahanan.
Kuman.
Penyakit.
Sakit.
Sihat.
Mari kita belajar dari sistem imun. Secara umumnya sistem imun adalah satu bentuk sistem yang telah Allah ciptakan sebagai pertahanan tubuh kita dari serangan penyakit. Penyakit boleh berpunca dari pelbagai jenis kuman baik dalam bentuk bakteria, virus, kulat dan lain-lain.
![]() |
Sistem Imun Manusia. |
Kalau nak cerita mendalam, jadi kelas Biologi pulak ye. Jadi, kita cerita dengan cara yang mudah difahami oleh ramai orang. Bahasa mudahnya, sistem imun akan mula membina pertahanannya setelah tubuh kita diserang oleh penyakit. Walaubagaimanapun, ada perbezaaan respon pada serangan pertama dan serangan kali kedua.
Ketika kali pertama tubuh diserang oleh sejenis kuman, sistem imun akan mengambil masa lebih kurang 7-14 hari (merujuk kepada graf di bawah) untuk membina askar-askar pertahanan (antibodi) agar dapat mengalahkan kuman tersebut daripada menguasai tubuh kita.
Respon sistem imun. |
Jika kali kedua tubuh kita diserang oleh jenis kuman yang sama sekali lagi, sistem imun dengan segera bertindak kira-kira kurang dari 7 hari (berbanding serangan pertama). Sekejap sahaja kan, askar-askar ni nak respon untuk kali kedua ni. Kenapa? Sebab, ketika serangan pertama berlaku, maklumat kuman tersebut telah disimpan dalam memori askar-askar imun ini. Hebat kan Allah? Subhanallah.
Mari kita lihat dari sudut pandang ujian hidup. Apabila kita diuji dengan sesuatu untuk kali pertama, apakah reaksi kita? Kita terkejut. Tak bersedia. Lambat bertindak/respon. Mungkin juga ada yang trauma. Biasalah kan? Pertama kali. Kita tak jangka. Namun, hidup perlu diteruskan.
Sunnatullah, hidup kita penuh ujian. Bahkan inilah yang menjadi tapisan siapa yang beriman dan siap yang kufur. Ujian yang datang kali kedua dan seterusnya, pasti kita dapat merespon dengan lebih baik (jika kita mengambil pelajaran). Ini kerana kita telah bersedia dan mengambil kira faktor-faktor penyebabnya. Hasilnya lebih baik atau tidak, itu kerja Allah. Kerja kita, U.S.A.H.A.
![]() |
Hasil, kerja Allah. Kerja kita, USAHA. |
Begitulah cara kita terima ujian hidup. Kita belajar daripada sistem imun yang Allah susun. Sentiasa tingkatkan diri selepas setiap ujian. Ujian yang Allah datangkan, agar kita lebih bersedia. Lebih sabar. Lebih kuat. Macam operasi askar sistem imun ;)
Wallahu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan